ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - PERBICARAAN
Seksyen 98. Ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini-
(a)
pegawai yang menjalankan pendakwaan tidaklah periu membuka kes tetapi bolehlah serta-merta mengemukakan keterangannya;
(b)
apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia atau Peguam Syarienya, sebelum mengemukakan keterangannya, boIehlah membukakan kesnya dengan menyatakan fakta-fakta atau undang-undang yang dia bercadang untuk menggunakan dan membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya perlu atas keterangan pendakwaan, dan jika tertuduh memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia boIehlah menggulung kesnya;
(c)
pegawai yang menjalankan pendakwaan hendaklah mempunyai hak untuk menjawab ke atas keseluruhan kes apabila tertuduh telah mengemukakan keterangan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.