ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Seksyen 8. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
(a)
dalam bidang kuasa jenayah membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah apa-apa undang-undang Islam bertulis yang mana hukumannya ialah denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali;
(b)
dalam bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.