ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 179. Prosedur alternatif.

Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes berpendapat bahawa seseorang yang dituduh dengan mana-mana kesalahan yang disebut di dalam seksyen 177 dan yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya lebih baik diuruskan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah, selepas merekodkan fakta yang menjadikan kesalahan itu dan pernyataan orang yang dituduh, boleh mengarahkan supaya orang yang dituduh itu didakwa dan boleh meminta jaminan diberi untuk kehadiran orang yang tertuduh itu di hadapan Hakim atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar orang itu kepada Hakim lain untuk dibicarakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.