ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN XXIII - KOS, ELAUN DAN FI MAHKAMAH
Seksyen 227. Kehadiran dalam lebih daripada satu prosiding
Jika seseorang saksi atau sesuatu pihak hadir di Mahkamah berkenaan dengan dua prosiding atau lebih, maka jumlah wang yang boleh dibenarkan baginya di bawah seksyen 224 atau 225 berkenaan dengan sesuatu prosiding bolehlah diumpukkan antara beberapa prosiding itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.