ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 45. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.

(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan mengandungi-

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkarnah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkarnah berpuas hati selepas siasatan dan penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika ternampak kepada Mahkamah bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, maka Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi pihak isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa pendamai itu.

(6) Pada melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5), Mahkamah hendaklah, jika mungkin, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang pengendalian perdamaian itu dan ia hendaklah mengendalikannya mengikut arahan-arahan itu.

(8) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan cara ia mengendalikan perdamaian itu, maka Mahkamah boleh memecat jawatankuasa pendamai itu dan melantik suatu jawatankuasa pendamai yang lain bagi menggantikannya.

(9) Jawatankuasa pendamai itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(10) Jawatankuasa pendamai itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang daripada mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika difikirkannya perIu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.

(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, maka jawatankuasa pendamai itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain yang ada kaitan dengan perkahwinan itu.

(12) Tiada Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak bagi pihak mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan jawatankuasa pendamai dan tiada pihak boleh diwakili oleh mana-mana orang, selain seorang ahli keluarga yang terdekat pihak itu, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.

(13) Jika jawatankuasa pendamai itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri, maka Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.

(14) Jika jawatankuasa pendamai mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujukkan kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen 46.

(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes-

(16) Sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan lebih awal, sama ada dengan nyata atau sebaliknya, atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah, tidak boleh berkuat kuasa menamatkan pernikahan sehingga tamat tempoh 'iddah.

(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, maka talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa menamatkan pernikahan sehingga berakhirnya tempoh kehamilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.