ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PERLAKSANAANNYA



Seksyen 134. Pesalah kali pertama.

Jika mana-mana orang yang bukan pesalah remaja, telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara di hadapan mana-mana Mahkamah, dan jika ternyata kepada Mahkamah tersebut bahawa dengan mengambil kira kepada watak, latarbelakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal pesalah itu, atau kepada bentuk kesalahan itu yang ringan, atau kepada apa-apa hal-keadaan yang boleh meringankan kesalahan yang dilakukan itu adalah suai-manfaat pesalah itu dilepaskan dengan syarat ia berkelakukan baik, Mahkamah boleh, sebagai ganti menghukumnya dengan serta merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan dengan mengenakan bon dengan penjamin-penjamin, dan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, hendaklah hadir dan menerima hukuman jika dan apabila dipanggil, dan sementara itu, hendaklah ia berkelakuan baik.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.