ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.


Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa jua bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.