ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 95. Mendirikan masjid atau surau atau sekolah agama tanpa kebenaran Majlis.

(1) Sesiapa mendirikan masjid atau surau atau sekolah agama atau seumpamanya atau menggunakan sesuatu bangunan yang sedia ada sebagai atau bagi tujuan sesuatu masjid atau surau atau sekolah agama tanpa kebenaran Majlis, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya penggunaan bangunan yang menyalahi peruntukan subseksyen (1) itu dihentikan atau mana-mana bangunan yang baru didirikan itu dirobohkan.

(3) Bagi maksud seksyen 93, 94 dan seksyen ini, tanah-tanah Majlis ertinya tanah-tanah yang didaftar atau diletakhak atas nama Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.