ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 214. Saksi pakar.

(1) Seseorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan pembayaran fee kerana kelayakan menjadi seorang pakar dan kerana memberi keterangan, tetapi kadar feenya tidak boleh melebihi $75.00 kerana kelayakannya dan $20.00 bagi tiap-tiap hari dia hadir di Mahkamah kecuali atas alasan-alasan yang istimewa.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 213, keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut lamanya sesuatu pendengaran itu biasa dijalankan. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sepina tidak dikeluarkan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.