ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 145. Bercumbuan atau berkhalwat.


(1) Mana-mana lelaki Islam didapati bersama dengan seorang perempuan atau beberapa orang perempuan sama ada mereka itu perempuan-perempuan Islam atau tidak dan mereka itu bukan isterinya atau bukan mahramnya ( ????? ) mengikut Hukum Syara' ( ??? ) di tempat sunyi, atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka bercumbu-cumbuan atau mereka ada bertujuan melakukan zina atau sudah berzina adalah menjadi satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya. Jika didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya maka ia bolehlah dihukum pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau tidak lebih daripada enam bulan penjara atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersama dengan seorang lelaki atau beberapa orang lelaki sama ada lelaki itu berugama Islam atau tidak dan lelaki itu bukan suaminya atau bukan mahramnya dalam keadaan sama seperti di bawah seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. Jika didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya, maka ia bolehlah dihukum pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana lelaki Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang perempuan sama ada ianya berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin atau jika berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).

(4) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang lelaki sama ada ia berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin dan jika berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (2)

(5) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen ini jika lelaki bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1) dan jika perempuan di bawah seksyen-kecil (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.