ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004


JADUAL KETIGA - BORANG MS 13.
BORANG MS 13

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

(Subseksyen 58 (1))

PERMOHONAN UNTUK MERAYU OLEH SESEORANG YANG BERTANGGUNGAN

Afidavit sokongan


Saya ........................................................................................................... yang beralamat di ..................................................................................................................................................
(jika dalam suatu tindakan, defendan yang dinamakan di atas) bersumpah dan menyatakan seperti yang berikut:

1. (Jika dalam suatu tindakan). Tindakan ini dibawa untuk mendapatkan kembali (nyatakan apa) yang dituntut oleh plaintif tetapi saya telah menerima suatu tuntutan yang bertentangan dengan tuntutan plaintif daripada ........................................................................ yang beralamat di ...........................
......................................................................................................................................................
(atau, jika tidak ada tindakan), saya telah menerima tuntutan-tuntutan bertentangan daripada yang
beralamat di ...................................................................................................................................
dan ............................................................................................................................................... yang beralamat di ...........................................................................................................................
ke atas (nyatakan apa) yang bernilai lebih kurang RM ............................... Saya menjangka akan didakwa atas tuntutan-tuntutan ini oleh pihak-pihak menuntut tersebut.

2. Saya tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan (selain jumlah wang sebanyak RM .................... bagi kos atau caj) (atau mengikut mana-mana yang berkenaan). Saya tidak dengan apa-apa jua cara pun berpakat-sulit dengan salah seorang (atau mana-mana) pihak menuntut tersebut.

3. Saya bersedia dan sanggup membawa ke dalam Mahkamah atau membayar atau membereskan hal perkara yang dipertikaikan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Mahkamah.

Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.