ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 19. Perjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dilakukan di dalam mesyuarat yang diadakan selalu dan hendaklah dicapai dengan cara syura atau jika perlu melalui resolusi mengikut majoriti ahli yang hadir dan layak untuk mengundi.

(2) Ketetapan secara bertulis yang ditandatangani oleh semua ahli Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal-hal khas diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertua Negeri, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.