ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XIII - PERKARA AM



Seksyen 244. Mahkamah terbuka kepada ramai.


Tiap-tiap pembicaraan dalam Mahkamah hendaklah terbuka kepada orang ramai:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh memerintahkan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian pembicaraan itu diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa itu adalah untuk kepentingan keadilan atau kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.