ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Proses Perintah Untuk Memaksa Mengemukakan Suratan dan Lain-lain



Seksyen 41. Saman untuk mengeluarkan surat atau benda-benda lain.

(1) Apabila mana-mana Mahkamah atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang melakukan penyiasatan di bawah Kanun ini memikirkan bahawa mana-mana harta atau dokumen itu perlu atau mustahak dikemukakan untuk tujuan mana-mana penyiasatan, pemeriksaan, perbicaraan atau lain-lain prosiding di bawah Kanun ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau Pegawai tersebut, Mahkamah itu boleh mengeluarkan saman atau pegawai itu boleh mengeluarkan satu perintah bertulis kepada orang yang dipercayai memiliki atau mempunyai kuasa ke atas harta atau dokumen tersebut untuk hadir dan mengemukakan pada masa dan di tempat yang disebutkan di dalam saman atau perintah itu.

(2) Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini untuk hanya mengemukakan mana-mana harta atau dokumen hendaklah disifatkan sebagai telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan ia tidak perlu datang sendiri untuk mengemukakannya.

(3) Tidak ada sesuatu di dalam seksyen ini yang boleh disifatkan sebagai menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengan keterangan yang berkuatkuasa pada masa ini atau terpakai bagi mana-mana barang pos, telegram atau lain-lain dokumen di dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.