ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 33. Mahkamah boleh arahkan catatan di atas waran jaminan yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap mana-mana orang boleh, dengan budibicaranya, mengarahkan dengan catatan di atas waran itu bahawa jika orang tersebut melaksanakan satu bon dengan penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan tersebut dan hendaklah membebaskan orang tersebut dari tahanan.

(2) Catatan itu hendaklah menyeb
utkan-
(3) Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.