ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 70. Mengajar agama.


(1) Sesiapa yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan Agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis kecuali pada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahannya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang tidak menyerahkan balik kebenaran bertulis yang telah dibatalkan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.