ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 66. Laporan Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah diselesaikan tanpa kelewatan yang tidak perlu, dan sebaik sahaja ia diselesaikan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang Ketua Pendakwa Syarie telah mengarahkan tidak perlu dilaporkan kepadanya, mengemukakan kepada Ketua Pendakwa Syarie suatu laporan yang menyatakan nama pihak, jenis maklumat, dan nama-nama orang yang mengetahui tentang hal keadaan kes.

(2) Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya bagi jenis kes yang akan ditentukan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.