ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 105. Enggan menjawab soalan penjawat awam yang diberi kuasa menyoal.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan hal yang sebenarnya mengenai sesuatu perkara kepada seseorang penjawat awam, enggan menjawab apa-apa soalan yang ia diminta menjawab mengenai perkara itu oleh penjawat awam itu, pada menjalankan kuasa undang-undang yang sah penjawat awam itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.