ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 120. Pendengaran dalam Mahkamah terbuka.

Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, semua prosiding yang dimulakan dengan saman hendaklah di dengar dan diputuskan dalam Mahkamah terbuka dan semua prosiding yang dimulakan dengan permohonan hendaklah didengar dan diputuskan dalam Kamar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.