ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 44. Bila waran geledah boleh dikeluarkan.

(1) Apabila-
Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau lain-lain pegawai yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya, dan pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah boleh mengarahkan kepada Ketua Polis Negara atau kepada lain-lain Pegawai Polis yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya dan Pegawai Polis itu boleh melaksanakan waran itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.