ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 19. Hasutan meninggalkan kewajipan agama.

(1) Seseorang yang menghasut atau memujuk mana-mana orang yang beragama Islam supaya tidak menghadiri masjid atau pengajaran agama atau apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang dengan apa jua cara menahan atau menghasut orang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.