ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Watak bila qarinah.



Seksyen 40. Dalam kes mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah qarinah.

Dalam kes mal fakta bahawa watak seseorang yang berkenaan adalah sebegitu rupa hingga boleh menyebabkan munasabah atau tidak munasabah apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya tidaklah qarinah, kecuali setakat mana watak itu terzahir daripada fakta yang adalah qarinah secara lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.