ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 210. Rayuan terhadap perintah Pendaftar.

(1) Suatu rayuan boleh dibuat kepada Hakim dalam Kamar terhadap apa-apa penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar.

(2) Rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan menyampaikan kepada tiap-tiap pihak lain dalam prosiding itu yang penghakiman, perintah atau keputusan mengenainya telah diberikan suatu notis dalam Borang MS 53 dengan menyatakan alasan rayuan tersebut.

(3) Kecuali diarahkan selainnya oleh Mahkamah, notis itu hendaklah difailkan dalam masa 7 hari selepas penghakiman, perintah atau keputusan yang dirayukan itu telah diberikan atau dibuat dan disampaikan tidak kurang daripada 2 hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan itu.

(4) Kecuali setakat yang boleh diarahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu rayuan di bawah seksyen ini tidaklah boleh berkuatkuasa sebagai penggantungan prosiding dalam mana rayuan itu dibuat.

(5) Keputusan Hakim dalam Kamar adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.