ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 4. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa, atau oleh kerana silap faham fakta percaya dirinya terpaksa, di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang melakukannya atau yang, oleh kerana silap faham fakta dan bukannya oleh kerana silap faham undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya, terpaksa di sisi undang-undang melakukannya.

MISALAN

A, seorang pegawai Mahkamah, yang telah diperintahkan oleh Mahkamah itu supaya menangkap Y, dan selepas siasatan yang semestinya, dengan mempercayai Z, sebagai Y, telah menangkap Z. A, tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.