ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Watak menjadi Qarinah



Seksyen 42. Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu ialah menjadi qarinah.

Huraian 1 - Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.