ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 192. Penangguhan.

(1) Pendengaran suatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, secara am atau ke suatu tarikh tertentu, mengikut mana yang sesuai.

(2) Jika pendengaran itu ditangguhkan secara am, pemohon boleh memasukkannya semula dengan memberi notis 2 hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka permohonan itu telah disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.