ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 126. Prosiding sambilan.

(1) Mahkamah boleh, atas permintaan mana-mana pihak, membuat perintah-perintah sementara dengan tujuan untuk menyelamatkan apa-apa harta yang menjadi soal, atau menjaga hak-hak mana-mana pihak, sebelum perbicaraan, atau untuk rnemudahkan perbicaraan itu, dan boleh membenarkan pindaan kepada mana-mana prosiding atau pembetulan mana-mana kesilapan, dengan syarat-syarat yang patut.

(2) Permintaan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat dengan lisan, tetapi mana-mana pihak yang tersentuh olehnya hendaklah diberi peluang supaya didengar mengenainya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.