ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 207. Menghina pihak-pihak berkuasa agama.

Barang siapa membuat hina terhadap kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri ini atau kuasa Jabatan atau Majlis atau mana-mana jawatankuasa atau ahli atau pegawainya atau mana-mana pegawai masjid atau kuasa mana-mana Mahkamah atau pegawai yang mengetuai Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.