ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi
Seksyen 105. Soalan yang bertujuan memberi aib atau menggusar.
Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang difikirkan sebagai dimaksudkan untuk memberi aib atau kegusaran atau apa-apa soalan yang difikirkannya terlampau bercorak menyakitkan hati walaupun soalan itu adalah sendirinya soalan yang patut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.