ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN XV - PENDENGARAN
Seksyen 121. Ketidakhadiran pihak-pihak
(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran—
(a)
tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
(b)
defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c)
plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar dan memutuskan apa-apa tuntutan balas.
(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)
(b)
atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)
(c)
, mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah
istizhar.
(3) Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan itu terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).
(4) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.