ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - DARIHAL MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 7. Mengeluarkan orang awam di dalam kes-kes yang tertentu.

Seseorang Hakim yang mendengar sebarang penyiasatan atau prosiding boleh atas alasan-alasan khas bagi kepentingan atau faedah awam dengan menggunakan budibicaranya mengeluarkan orang awam dari Mahkamah itu pada sebarang peringkat perbicaraan:

Dengan syarat bahawa dia hendaklah merekodkan dalam tiap-tiap kes tersebut butir-butir di dalam rekod prosidingnya alasan-alasan mengapa perintah sedemikian dibuat.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.