ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 20. Orang-orang yang telah ditangkap oleh pegawai Masjid atau penghulu, tindakan terhadapnya.

Seorang pegawai masjid atau penghulu yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi membawa orang yang ditangkapnya itu kepada Pemeriksa Agama atau pegawai polis yang hampir sekali, ataupun jika tidak ada Pemeriksa Agama atau pegawai polis hendaklah membawa orang itu ke pejabat Pemeriksa Agama atau balai polis yang hampir sekali, dan seorang Pemeriksa Agama atau pegawai polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.