ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 27. Rahsia.

Perjalanan urusan Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorangpun ahli atau pengkhidmatnya boleh mendedahkan atau memberitahu kepada mana-mana orang, selain daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Menteri Besar dan mana-mana ahli Majlis, sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat kecuali dia dibenarkan atau dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.