ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Kuasa untuk memecah buka mana-mana tempat bagi maksud pembebasan

Mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama, mana-mana pegawai polis atau orang lain yang diberi kuasa membuat penangkapan boleh memecah buka mana-mana tempat untuk membebaskan dirinya atau mana-mana orang lain yang, setelah memasuki tempat itu dengan sah bagi maksud membuat suatu penangkapan, tertahan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.