ENAKMEN 1 TAHUN 1980
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1980


Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu atau, pada munasabahnya, patut tahu akan diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual, atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil (1), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) atau (2) boleh dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta , meminda Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.