ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau
'urf
fakta-fakta yang berikut adalah
qarinah-
(a)
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau
'urf
yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan wujudnya hak atau
'urf
itu;
(b)
hal-hal tertentu di mana hak atau
'urf
itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau di mana penggunaan hak atau
'urf
itu telah dipertikai, ditegas atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.