ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 71. Borang.

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan secara notis dan afidavit dalam Borang 7.

(2) Jika permohonan itu ialah mengenai prosiding belum selesai ia hendaklah mengandungi kepala dan tajuk prosiding itu.

(3) Jika permohonan itu bukan mengenai prosiding yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi tajuk yang bersesuaian.

(4) Permohonan itu hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohonkan dan, mengandungi fakta yang mencukupi untuk menyokong permohonan itu, dan kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan di dalamnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.