ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 5 - PERUNTUKAN TENTANG BON



Seksyen 198. Deposit sebagai ganti bon.

Apabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah atau pegawai supaya menyempurnakan suatu bon, Mahkamah atau pegawai itu boleh, kecuali dalam hal bon bagi kelakuan baik, membenarkannya mendepositkan sejumlah wang mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Mahkamah, sebagai ganti menyempurnakan bon itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.