ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVI - WASI DAN PENTADBIR



Seksyen 199. Hukuman de bonis futuris.

Apabila suatu penghakiman itu perlu dilaksanakan dari harta simati yang mungkin diterima oleh wasi atau pentadbir pada masa hadapan yang perlu ditadbirkan olehnya, perintah perlaksanaan tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Mahkamah dan notis permohonan perintah itu hendaklah disampaikan kepada wasi atau pentadbir. Jika penyalahgunaan dikatakan berlaku semenjak tarikh penghakiman itu, perlaksanaan boleh diperintahkan terhadap wasi atau pentadbir setakat penyalahgunaan dan kos itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.