ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
Waran Geledah



Seksyen 46. Bentuk waran geledah.

(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis seperti Borang E dalam Jadual Pertama dan ditandatangani oleh Kadi dan hendaklah mengandungi meteri Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah berkuatkuasa sehingga beberapa hari yang munasabah yang ditetapkan di dalam waran.

(3) Waran geledah yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini bolehlah dilaksanakan di mana-mana dalam Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.