ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 83. Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara.

Mana-mana orang yang memberi atau mereka keterangan palsu, dengan maksud dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan, seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini, hendaklah dihukum sebagaimana seseorang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dihukum.

MISALAN

A. memberi keterangan palsu di hadapan Mahkamah dengan maksud dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan Z. disabitkan atas kesalahan takfir. Hukuman bagi kesalahan tersebut ialah denda lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Oleh sebab itu A. bolehlah dikenakan hukuman seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.