ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS SAMAN MADIN PENGHAKIMAN



Seksyen 179. Permohonan notis penghakiman.

(1) Jika madin penghakiman ingkar mematuhi apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, dain penghakiman boleh melalui notis penghakiman, menghendaki madin penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk tunjuk sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran tersebut.

(2) Permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pemohon dalam Borang MS 46.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.