ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis.

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Agama, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis boleh pada setiap masa yang munasabah masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Agama bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau selainnya bagi memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.