ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 121. Peruntukan tentang pelaksanaan hukuman pemenjaraan

Berkenaan dengan hukuman pemenjaraan, peruntukan yang berikut hendaklah diikuti:

(a) jika tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu hendaklah dengan segera
menghantar suatu waran kepada penjara di mana dia akan dikurung dan, melainkan jika tertuduh telah sedia dikurung di
penjara itu, hendaklah menghantar dalam jagaan polis atau Pegawai Penguat kuasa Agama ke penjara itu berserta dengan
waran itu;

(b) tiap-tiap waran bagi pelaksanaan sesuatu hukuman pemenjaraan hendaklah diarahkan kepada pegawai yang menjaga
penjara itu atau tempat lain di mana banduan itu sedang atau dikehendaki dikurung;

(c) apabila banguan itu dikehendaki dikurung di suatu penjara, waran itu hendaklah diserah simpan dengan pegawai yang
menjaga penjara itu;

(d) tiap-tiap hukuman pemenjaraan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh hukuman itu dijatuhkan melainkan jika
mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu mengarahkan selainnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.