ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )



Seksyen 56. Pembelaan terhadap tuntutan-balas.

(1) Apabila mana-mana defendan menuntutbalas, plaintif hendaklah jika dia ingin membela tuntutan-balas itu, memfail dan menyebab untuk disampaikan kepada pihak menuntut-balas suatu pembelaan kepada tuntutan-balas itu dalam tempoh masa sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(2) Jika plaintif gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1), Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.