ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 145. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Mahkamah Rayuan Syariah jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Kadi.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Kadi dia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah, sesudah itu hendaklah, seberapa segera yang boleh, terus menyelesaikan rayuan.

(3) Kecuali jika Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau peguamnya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.