ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 19. Menerima sebahagian dari wasiat.

(1) Apabila seseorang benefisiari menerima sebahagian dari wasiat dan menolak sebahagian yang lain, bahagian yang diterima itu hendaklah dianggap sah dan bahagian yang ditolak itu hendaklah terbatal.

(2) Apabila terdapat sebahagian dari benefisiari menerima wasiat dan sebahagian yang lain pula menolaknya, hendaklah dianggap sah bagi mereka yang menerima dan terbatal bagi mereka yang menolaknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.