ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 220. Enggan menandatangani pernyataan

Barang siapa enggan menandatangani mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya apabila dikehendaki menandatangani pernyataan itu oleh seorang pegawai agama yang berwibawa di sisi undang-undang untuk menghendakinya menandatangani pernyataan itu melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.