ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 73. Beban membuktikan.

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka beban membuktikan terletak pada orang itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.