ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 39. Permintaan bagi pendapat daripada Mufti.

Walau apapun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan berhubung dengan Hukum Syarak di mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah apa-apa soalan Hukum Syarak yang patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.